Caramantap

TENTARA MUSLIM BERKUMPUL DI BUKIT UHUD DAN BERKIBARLAH BENDERA ISLAM

×

TENTARA MUSLIM BERKUMPUL DI BUKIT UHUD DAN BERKIBARLAH BENDERA ISLAM

Share this article

 

Peperangan Uhud : Berkumpul Di Bukit Uhud

 

 

Kini bendera tentera Muslimin berkibar di Bukit Uhud yang dipegang oleh Ali Bin Abi Talib. Pasukan musuh yang dipimpin oleh Khalid Bin Al Walid sudah tidak mampu untuk menguasai Bukit Uhud. Para Sahabat yang berdekatan mula berkumpul bersama Rasulullah s.a.w. Namun bagi mereka yang masih bertempur dan terpisah tidak mendapat khabar tentang kedudukan dan nasib Baginda.

 

 

 

Pada waktu yang sama pula Ibnu Qami’ah yang telah membunuh Mus’ab Bin Umair telah mengiklan beliau telah berjaya membunuh Rasulullah s.a.w. Berita yang tersebar ini telah memberi kesan kepada tentera muslimin yang masih lagi bertempur di medan. Para Sahabat yang terkepung telah goncang semangatnya apabila mendengar khabar itu. Keadaan semakin celaru dan musuh pula merasakan mereka telah menang.

 

 

 

Abu Sufyan juga segera menanyakan benarkan Baginda telah terbunuh. Jeritan dan laungan Muhammad telah terbunuh didengar oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat di atas Bukit Uhud. Namun Baginda mengarahkan mereka semua diam. Kaab Bin Malik adalah orang pertama yang melihat Baginda ketika laungan Muhammad telah terbunuh disebarkan. Baginda mengarahkan beliau diam dan seterusnya mereka berundur untuk mengatur strategi berikutnya dalam keadaan ada musuh yang sedang gembira mendengar berita Baginda telah terbunuh.

 

 

 

Abu Sufyan masih melaungkan pertanyaan “benarkan Muhamamd telah terbunuh?”

 

 

 

“Apakah Abu Bakar masih hidup?”

 

 

 

“Apakah Umar masih hidup?”

 

 

 

Berkata Abu Sufyan, “jika ketiga-tiga orang ini sudah mati maka tamatlah riwayat Islam. Kami berjaya menamatkan riwayat Islam.”

 

 

 

Laungan Abu Sufyan tidak diendahkan oleh tentera muslimin yang bersama Baginda sehingga diizinkan oleh Baginda untuk Umar al Khattab menjawabnya. Maka berkatalah Umar,

 

 

 

“Wahai Abu Sufyan semua yang kamu sebut namanya masih hidup dan kami berada di sini.”

 

 

 

Abu Sufyan mengenali suara Umar dan merasa sangat kecewa kerana harapan kemenangannya berkecai. Lalu berkata Abu Sufyan kemenangan kami hari ini seperti kemenangan kamu di Badar. Sekarang kita sama-sama seri, sekali kamu menang di Badar dan hari ini kami menang di Uhud.

 

 

 

Umar menjawab, “ tidak ada persamaan antara kami dan kamu, para korban kami masuk syurga sedangkan korban kamu ke neraka.”

 

 

 

Gagal menjawab segala hujah Umar maka Abu Sufyan dan pasukannya mula berundur. Mereka mencacatkan mayat para syuhada tentera muslimin sebelum meninggalkan medan. Antara yang dicacatkan adalah jasad Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dirobek perutnya dan dikeluarkan hatinya oleh Hindun Binti Utbah iaitu isteri Abu Sufyan. Bahkan dipotong hidung dan telinga Hamzah.

 

Pos Terkait:  Cara Kalibrasi Layar iPhone untuk Menjaga Kualitas Tampilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close