Caramantap

Kisah Cacian Abu Jahal Kepada Rasulullah Muhammad Saw Dan Masuk Islamnya Hamzah bin abdul muthalib (bagian 13)

×

Kisah Cacian Abu Jahal Kepada Rasulullah Muhammad Saw Dan Masuk Islamnya Hamzah bin abdul muthalib (bagian 13)

Share this article

Kisah cacian abu Jahal kepada Rasulullah Muhammad Saw dan masuk Islamnya Hamzah bin abdul muthalib

 

Halangan, cacian, pujukan dan tawaran kepada Rasulullah agar berhenti menyeru ke jalan Allah semuanya tidak berjaya dilakukan oleh kafir Quraisy. Kemudiannya kafir Quraisy bertindak di luar perikemanusiaan terhadap Rasulullah. Seorang yang mereka kenali dari kecil dengan segala sifat kemuliaan yang diagungkan oleh mereka sendiri semuanya tidak bermakna lagi. Tindakan melampaui batas dilakukan oleh mereka terhadap Rasulullah, antaranya cubaan membunuh yang dilakukan oleh Abu Jahal terhadap Baginda Nabi s.a.w.
Satu hari Abu Jahal telah merancang dengan beberapa orang Quraisy bahawa dia akan membunuh Rasulullah dengan menghempap batu ke atas kepala Baginda ketika solat di Masjidil Haram. Abu Jahal telah mendapat sokongan dari kumpulan kufar ini. Mereka menunggu sehingga Rasulullah sampai di Masjidil Haram, apabila  sampai Baginda terus mengerjakan solat. Baginda tidak menyedari kelibat Abu Jahal dan konconya yang mengintai apa yang dilakukan oleh Baginda.
Abu Jahal yang telah bersedia dan apabila melihat Nabi sujud maka dia berjalan secara senyap menuju ke arah Baginda kemudian mengangkat batu untuk dihempap keatas kepala Rasulullah. Tetapi apa yang berlaku adalah Abu Jahal terhenti dan batu tersebut jatuh  serta beliau tidak boleh melangkah walau setapak pun.
Situasi ini diperhatikan oleh rakan-rakan Abu Jahal yang meninjau dari jauh mahu melihat kesungguhan Abu Jahal mahu membunuh Baginda. Mereka merasa hairan melihat Abu Jahal tidak bergerak sedangkan batu ditangannya pula sudah jatuh. Seterusnya mereka segera datang menarik Abu Jahal agar tidak disedari oleh Rasulullah yang sedang solat. Abu Jahal menjadi pucat lesi seperti tidak mempunyai darah ketika ditarik oleh rakan-rakannya. Abu Jahal yang tadinya lantang dan nekad mahu membunuh Baginda akhir gagal melaksanakan misinya. Sesungguhnya Allah sentiasa memelihara Rasulnya dari perbuatan yang melampau.
Pada ketika yang lain pula Abu Jahal pernah menyuruh seorang lelaki meletakkan perut unta (isi perut unta yang telah disembelih) diatas belakang Rasulullah ketika Baginda sedang sujud. Lalu mereka ramai-ramai mentertawakan Baginda melihat kotoran perut unta yang berada di belakang Baginda. Rasulullah tidak bangun dari sujudnya manakala kafir Quraisy memberi amaran sesiapa yang cuba membersihkan kotoran itu akan menerima akibat buruk dari mereka.
Seorang sahabat telah berlari memberitahu kepada Fatimah anakanda Rasulullah perihal apa yang terjadi kepada Baginda. Maka berlarilah Fatimah ke Masjidil Haram melihat ayahnya masih dalam keadaan sujud dengan kotoran dibelakang Baginda. Fatimah segera membersihkan kotoran tersebut dengan linangan air mata. Begitu kejinya perbuatan mereka ke atas Rasulullah tanpa ada sedikit pun belas ihsan terhadap Baginda.
Pada sisi lain pula Abu Jahal pernah bersama kaum kafir Quraisy mencerca dan memaki Rasulullah yang tawaf dengan perkataan yang sangat buruk yang biasanya tidak diungkap oleh orang Arab. Baginda tetap sabar dan tenang dan tidak menjawab apa jua kepada mereka. Ada seorang perempuan tidak sanggup mendengar cacian terhadap Baginda lalu dia keluar dari perkarangan Kaabah. Dalam perjalanan keluar itu beliau terserempak dengan Hamzah Bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Rasulullah. Lalu dia beritahu apa yang berlaku kepada Rasulullah.
Hamzah bertanya tiadakah sesiapa yang mempertahankan Baginda. Perempuan itu menjawab tiada yang berani. Kemudian beliau terus meluru ke Kaabah dan memukul Abu Jahal sehingga berdarah. Hamzah ketika itu belum Islam telah berkata apakah kerana Muhamamad menyeru kepada Islam maka mereka cuba menghinanya sedangkan beliau juga telah menerima Islam. Hakikatnya sebenarnya Hamzah belum Islam tetapi beliau juga tergamam bagaimana beliau mengungkapkan beliau telah Islam. Abu Jahal yang dipukul Hamzah tidak membalas kerana beliau tahu Hamzah bukan tandingannya. Abu Jahal beredar pergi dengan kesakitan di tubuhnya.
Hamzah kemudian bermunajat kepada Tuhan dengan memohon petunjuk jika benarlah Muhammad itu Rasulullah maka campakkanlah
keyakinan ke dalam jiwanya. Tidak lama selepas itu Hamzah bertemu Baginda dan mengucap syahadah. Rasulullah terlalu gembira dengan keislaman Hamzah bapa saudaranya sendiri.
Insya Allah akan disoroti penyiksaan terhadap Rasulullah dan pengikutnya dalam siri berikutnya….Nantikan kisah selanjutnya.
Pos Terkait:  Perbedaan Stik PS1 dan PS2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close