Caramantap

Hakikat Kemenangan Islam di Perang Uhud | Rasulullah Muhammad saw Terluka

×

Hakikat Kemenangan Islam di Perang Uhud | Rasulullah Muhammad saw Terluka

Share this article

 

Peperangan Uhud : Musuh Mundur Islam Tetap Menang

 

 

Abu Sufian dan Khalid Bin Al Walid terpaksa menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya gagal mengalahkan Islam dan Baginda. Walaupun dengan kelengkapan senjata dan bala tentera yang ramai mereka tetap tidak dapat menandingi kehebatan semangat jihad tentera muslimin. Sebelum mereka beredar menuju ke Mekah perbuatan buruk yang dilakukan oleh tentera musuh termasuk para wanita musyrikin adalah mencacatkan anggota jasad para syuhada. Ada yang memotong telinga, hidung, kemaluan dan ada yang menikam perut para syuhada untuk dijadikan sebagai kalung dan gelang kaki.

 

 

 

Seterusnya Rasulullah berehat di lereng bukit untuk menghilangkan haus dan membersihkan luka dikepalanya. Ali Bin Abi Talib membawa air untuk Baginda minum namun ianya tidak boleh diminum kerana berbau maka Baginda hanya membasuh lukanya sahaja. Luka Baginda dibasuh oleh Ali dan Fatimah sebagaimana riwayat oleh Sahl.

 

 

 

“Sebenaranya aku mengetahui siapa membasuh luka Rasulullah s.a.w dan siapa orangnya yang mencurah air serta mengubat luka Rasulullah s.a.w? Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w yang membasuh luka Baginda, manakala Ali bin Abi Talib pula mencucur air dengan bijana, namun bila Fatimah melihat bahawa air yang dicurah itu tidak juga memberhentikan darah keluar, malah lebih banyak lagi, lalu beliau mengambil carikan tikar dibakarnya dan diletakkan ke tempat luka Baginda dengan itu baru darah berhenti. Tidak berapa lama kemudian Muhammad bin Maslamah membawa air bersih lalu Baginda pun minum darinya, Rasulullah s.a.w mendoakan kebaikan untuk beliau. Pada hari itu Baginda duduk ketika mengerjakan sembahyang zohor kerana kesan luka, kaum muslimin pun duduk bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w.”

 

 

 

Kepenatan menyelubungi semua tentera muslimin yang telah melalui hari yang panjang dengan peperangan di medan perang. Kali ini mereka berwaspada agar tidak cuai lagi dengan benar-benar memeriksa memastikan musuh beredar dari medan perang. Setelah pasti musuh telah bergerak menaiki unta menuju ke Mekah maka Baginda mengarahkan untuk mencari para tentera muslimin yang cedera atau syahid. Zaid bin Thabit mengisahkan dengan katanya,

 

 

 

“Rasulullah telah mengutus aku di hari Uhud untuk mendapatkan Saad bin al-Rabie, kata Baginda kepada aku, “sekiranya kamu menemuinya sampaikanlah salam ku kepadanya serta katakan kepadanya bahawa Rasul berkata kepadanya, “bagaimana kau sekarang? Sambung Zaid, jadi aku cuba ke sana ke mari di antara jasad-jasad bergelempangan. Akhirnya aku dapati beliau di saat menghembus nafas terakhir pada jasadnya terdapat tujuh puluh tikaman, samada tetakan pedang, tikaman-tikaman tombak atau anak panah,. Aku berkata, “wahai Saad, sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyampaikan salamnya kepada kamu dan Baginda telah berkata, bagaimana kamu sekarang wahai Saad? Kata Saad, “wa’alaikumsalam, wahai Rasulullah dan katakan kepada Baginda, “wahai Rasulullah s.a.w sekarang aku menciumi bauan syurga dan katakan lagi kepada kaum ku al-Ansar, “tiada mengapa bagi kamu sekiranya ancaman sampai kepada Rasulullah s.a.w sedang kamu masih hidup kemudian itu Saad menghembus nafasnya yang terakhir.”

 

Pos Terkait:  Jelaskan Yang Dimaksud Dengan Smash – Teknik Smash dalam Olahraga Bulutangkis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close