Caramantap

Peperangan Uhud Sahabat Abdullah Bin Jahsyi Syahid

×

Peperangan Uhud Sahabat Abdullah Bin Jahsyi Syahid

Share this article

Peperangan Uhud: Abdullah Bin Jahsyi Syahid

 

Beliau adalah diantara sahabat yang termasuk awwalun sabiqun iaitu paling awal memeluk Islam. Beliau juga sepupu dan abang ipar kepada Rasulullah kerana adiknya Zainab Binti Jahsy berkahwin dengan Baginda. Ibunya bernama Umaimah binti Abdul-Muththalib bin Hasyim bin ‘Abdi Manaf bin Qushay.
Abdullah Bin Jahsy pernah berhijrah ke Habsyah namun beliau kembali semula ke Mekah kerana tidak mahu berjauhan dengan Baginda. Apabila perintah berhijrah ke Madinah diturunkan beliau bersama keluarganya berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala kelengkapan rumahnya.
Beliau pernah diberi tugas besar untuk memimpin pasukan pengintip untuk menyelidiki rombongan Quraisy. Satu surat diberi kepada beliau dengan arahan tidak membuka surat tersebut setelah 2 hari perjalanan Beliau diberi tanggungjawab memimpin 8 orang termasuk Saad Bin Abi Waqas dalam operasi pengintipan ini. Oleh sebab perlantikkan itu yang pertama oleh Baginda maka beliau dikenali sebagai Amir pertama yang dilantik.
Setelah 2 hari bermusafir beliau membuka isi kandung surat tersebut dan membacanya, “Bila kamu membaca surat ini, teruskanlah perjalananmu ke arah Mekah. Berhentilah diantara Thaif dan Mekah. Perhatikan gerak-gerik kaum Quraisy dan segera laporkan kepada kami!”
Pada waktu melakukan misi tersebut, beliau telah melihat ada satu kabilah Quraisy yang membawa barang dagangan yang hendak masuk ke Mekah. Lalu Abdullah berbincang sama ada untuk menyerang dan merampas sebelum kabilah Quraisy masuk ke Mekah. Sedangkan beliau masih menyangka belum masuk awal bulan yang diharam berperang. Akhirnya Abdullah membuat keputusan untuk menyerang dan merampas harta kabilah tersebut kerana mereka yang berhijrah sebelum ini harta benda mereka dirampas oleh kafir Quraisy.
Tindakan beliau menyebabkan seorang kafir Quraisy terbunuh, seorang melarikan diri dan dua orang dijadikan tawanan. Selain harta rampasan dibawa balik ke Madinah. Tindakan Abdullah mengundang kemarahan Baginda kerana melanggar arahan. Berkata Baginda kepada Abdullah,
Demi Allah, aku tidak memerintahkan kamu menyerang, merampas, menawan dan membunuh. Aku hanya memerintahkan kamu supaya mencari berita mengenai orang-orang Quraisy, perhatikan gerak-gerik mereka kemudian melaporkan kepadaku.”
Teguran Baginda telah membuat jiwa Abdullah sangat tidak tenteram dan rasa bersalah yang teramat sangat. Beliau banyak beristigfar dan mohon ampun kepada Allah. Akhirnya wahyu turun mengembirakan Abdullah sebagaimana firman Allah,
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. (Al Baqarah 2:217)
Beliau juga turut terlibat dalam perang Badar dan mengalami luka yang agak parah dalam peperangan tersebut. Manakala dalam perang Uhud beliau telah berdoa untuk syahid dan doanya dimakbulkan Allah.
Dalam sebuah riwayat dikisahkan, bahawa Abdullah bin Jahsyi berkata kepada Sa’ad bin Abi Waqqash : “Tidakkah kita berdoa”? Maka, Sa’ad berkata: “Maka kami menyendiri di suatu tempat, maka Sa’ad mulai berdoa: “Wahai, Rabbku! Apabila esok kami bertemu musuh, maka pertemukanlah aku dengan seorang yang paling kuat, sehingga aku memeranginya kerana Mu, kemudian berikanlah aku kemenangan atasnya hingga aku boleh membunuhnya dan mengambil hartanya”.
“Abdullah bin Jahsyi mengaminkan doa ini. Kemudian dia berdoa, “Ya, Allah! Berilah kepadaku seorang yang paling kuat yang aku perangi keranaMu, sampai dia boleh membunuhku, kemudian memotong hidung dan telingaku, sehingga jika aku bertemu denganMu, maka aku katakan ini semua untuk membelaMu dan membela RasulMu. Lalu Engkau mengatakan, kamu benar”.
Sa’ad melanjutkan kisahnya: “Sungguh doanya lebih baik dari doaku dan aku telah melihatnya pada akhir siang keadaan hidung dan telingannya tergantung di seutas tali”.
Beliau dibunuh oleh Abul-Hakam bin al-Akhnas bin Syariq. Setelah itu dikuburkan bersama Hamzah dalam satu liang lahad. Beliau mendapatkan syahid dalam usia 40 tahun. Kesyahidannya dengan linangan air mata Baginda.
Pos Terkait:  Cara Menampilkan Aplikasi Tersembunyi di HP Samsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close