Caramantap

Terbunuhnya Sahabat Nabi Yang Bernama Hanzalah Dalam Perang Uhud

×

Terbunuhnya Sahabat Nabi Yang Bernama Hanzalah Dalam Perang Uhud

Share this article

Peperangan Uhud: Hanzalah Syahid

 

Hanzalah Bin Abu Amir adalah seorang jurutulis Baginda. Hanzalah telah merancang untuk berkahwin dengan sepupunya Jamilah Binti Ubay namun ketika itu pasukan muslimin di Madinah sedang sibuk untuk membuat persiapan perang. Beliau telah menemui Baginda dan mahu menangguhkan majlis pernikahannya dan mahu turut serta dalam perang Uhud. Namun cadangannya tidak direstui oleh Baginda dan mahu majlis perkahwinan tersebut tetap dilangsungkan.
Kesibukan tentera muslimin mempersiapkan pasukan tentera berlangsung hingga ke pagi sehinggalah tiba paluan gendang perang di awal pagi mengejutkan peduduk Madinah. Laungan perang memecah kesunyian pagi,
“Bersegeralah! Kita bersegeralah perangi musuh Allah.”
 “ Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
 “ Perang akan bermula”.
Paluan gendang perang ini telah mengejutkan Hanzalah dan isterinya. Maka berkatalah Hanzalah kepada isterinya beliau akan menyertai perang Uhud. Beliau yang masih dalam keadaan berjunub terus memakai pakaian dan membawa pedang terus meluru ke atas kudanya menuju ke medan Uhud. Beliau terus bergabung dengan tentera muslimin yang sudah berangkat lebih awal darinya.
Tanpa berlengah setelah menerima arahan maka Hanzalah meluru ke medan perang dengan mencantas leher musuh-musuh Islam dengan pedangnya. Apabila Hanzalah melihat Abu Sufyan maka beliau menuju seumpama singa yang lapar. Berlaku pertempuran antara mereka berdua sehingga Abu Sufyan jatuh tersungkur. Apabila Hanzalah mengangkat senjata untuk menamatkan riwayat Abu Sufyan tiba-tiba Abu Sufyan menjerit menyebut nama Hanzalah yang menyebabkan tentera Quraisy yang lain datang menyerang beliau. Satu tombak telah dilontar dari belakang telah menembusi tubuhnya lalu beliau gugur syahid.
Selepas syahidnya Hanzalah tiba-tiba Baginda bersabda, “Aku melihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”.
Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Baginda bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Baginda, rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.
Beruntung sungguh Hanzalah tidak pernah berlaku lagi jenazah yang dimandi oleh para malaikat serta beliau memperolehi syurga tanpa hisab. Kesungguhan untuk membela Islam begitu kuat dalam jiwanya. Memang selayknya beliau mendapat anugerah syurga dari Allah.
Pos Terkait:  Cara Memasang Data OBB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close