CaramantapKeluarga

Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 9) || Saat Nabi Muhammad Saw memulai Dahwah pada keluarga dan orang terdekatnya

×

Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 9) || Saat Nabi Muhammad Saw memulai Dahwah pada keluarga dan orang terdekatnya

Share this article

Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 9) saat Nabi Muhammad Saw memulai Dahwah pada keluarga dan orang terdekatnya

Dakwah Baginda terawal adalah kepada ahli keluarganya dan kesemua anak-anak Baginda menerima Islam iaitu Ruqayyah, Ummu Kalthum, Zainab dan Fatimah.
Kemudian orang yang luar dari rumah Baginda yang memeluk Islam adalah Abu Bakar. Nama penuh beliau adalah Abdullah bin ‘Utsman bin ‘Amir bin ‘Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taiym bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay Al Qurasyi At Taimi. Beliau juga digelar dengan ‘Atiq (عتيق) dan As Siddiq (الصدِّيق).
Rasulullah menamakan Abu Bakar As Siddiq kerana beliau lelaki pertama serta sentiasa membenarkan dan beriman kepada Baginda. Dalam hadis Bukhari disebut tentang pengiktirafan Rasulullah kepada Abu Bakar,
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم صعد أُحداً وأبو بكر وعمر وعثمان ، فرجف بهم فقال : اثبت أُحد ، فإنما عليك نبي وصديق وشهيدان
Maksudnya “Dari Anas bin Malik Radhiallahu’anhu bahawa Nabi sallallahu’alaihi wasallam menaiki gunung Uhud bersama Abu Bakar, Umar dan Usman. Gunung Uhud pun bergoncang. Nabi lalu bersabda: “Diamlah Uhud, di atasmu ada Nabi, Ass Siddiq (iaitu Abu Bakr) dan dua orang Syuhada’ (Umar dan Usman)”.
Seterusnya Abu Bakar  yang  telah memeluk Islam menjadi penggerak berhubung dengan mereka yang rapat dengannya. Usaha dakwah Abu Bakar dengan wataknya yang disenangi oleh masyarakat menyebabkan beberapa tokoh lain menganut Islam mereka adalah Usman bin Affan al-Umawi. Beliau lahir di Mekah pada 576 Masehi iaitu 6 tahun selepas Tahun Gajah. Seorang yang berakhlak mulia dan yakin dengan kebenaran. Abu Bakar telah menemuinya dan mengajak bertemu Rasulullah setelah berdialog dengan Nabi beliau terus menerima Islam.
Tokoh seterusnya adalah al-Zubair bin al-Awam al-Usdi, beliau berasal dari Bani Asad iaitu Quraisy. Menerima keislaman dalam usia yang muda sekitar 15 tahun. Penerimaan Islam sebagai pegangan  Zubair telah mencetus kemarahan kaum Quraisy. Beliau seorang yang sangat berani, ketika dakwah Rasulullah diganggu beliau adalah lelaki pertama yang menghunus pedang mempertahankan Rasulullah.
Seterusya Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, nama penuhnya adalah Abdur Rahman bin Auf bin Abdi Auf bin Abdil Harits Bin Zahrah bin Kilab bin al-Qurasyi az-Zuhri Abu Muhammad.  Beliau dilahirkan kira-kira sepuluh tahun setelah Tahun Gajah. Seorang yang pintar dalam perniagaan dan paling banyak bersedekah pada jalan Allah. Mempunyai budi pekerti yang sangat mulia.
Sa’d Ibn Abi Waqqas al-Zuhri Saad dilahirkan di Mekah, 23 tahun sebelum hijrah. Beliau membesar dalam persekitaran bangsawan Quraisy. Bergaul bersama para pemuda Quraisy dan pemimpin-pemimpin Arab. Hidup dalam suasana kemewahan dan kemasyhuran. Ibunya mogok lapar apabila Saad masuk Islam dan protes ibunya tidak dapat mematahkan akidah Saad. Akhirnya ibunya mengalah kerana tidak dapat mengubah akidah Saad.
Kemudian tokoh berikutnya adalah Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Nama penuhnya Thalhah bin Ubaidillah bin Utsman bin Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah, Al-Qurasyi At-Taimi. Beliau juga dikenali dengan Abu Muhammad kerana berasal dari keturunan Rasululah. Seorang yang hebat dan sentiasa melindungi Baginda Rasulullah dengan menjadikan dirinya perisai ketika dalam peperangan melindungi Rasulullah.
Selain itu yang memeluk Islam Bilal bin Rabah al-Habsyi, Amin al-Ummah orang kepercayaan umat iaitu Abu Ubaidah ‘Amir bin al-Jarah dari Bani al-Harith bin Fihr, Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi, al-Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhuzmi, Uthman bin Maz’un dan dua saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harith bin al-Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin Zaid al-Adawi al-Urus dan isterinya Fatimah bin al-Khattab al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni al-Khatab, Khabbab bin al-Arat, Abdullah bin Mas’ud al-Huzali dan ramai lagi, mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal menganut Islam al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, Ibnu Hisham telah menghitung mereka seramai empat puluh orang.
Mereka semua adalah yang melalui jalan
yang tidak dilalui oleh kita dalam menerima dan mengembangkan Islam. Jika disoroti sejarah hidup mereka pastinya air mata akan menitis mengenangkan kehebatan perjuangan mereka. Bayangkan mereka menjadi cacat anggota demi mempertahankan Rasulullah. Darah mereka mengalir demi kekasih Allah. Masa mereka dihabiskan menyebarkan Islam. Jika diukur dengan perjuangan kita tentu setitik peluh mereka tidak terhitung dengan segala amalan kita.
Selanjutnya akan bersambung kisah bagaimana dakwah Nabi secara terang-terangan….jangan lupa selalu simak…
Pos Terkait:  Perbedaan Recount Text dan Narrative Text

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close