Caramantap

Peperangan Mu’tah (akhir) & Kesan di Dalamnya

×

Peperangan Mu’tah (akhir) & Kesan di Dalamnya

Share this article

Peperangan Mu’tah (akhir) : Kesan Peperangan Mu’tah

Secara kasarnya seolah-olah tentera muslimin tidak mencapai kemenangan dan begitu juga dengan tentera Rom dan sekutunya. Namun jika diteliti dengan analisa yang tepat hakikatnya tentera muslimin telah mencapai kemenangan. Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah:

Menyerang pasukan tentera Rom dan sekutunya adalah satu tindakan paling berani yang telah dilakukan oleh kerajaan Madinah. Sedangkan negara-negara Arab menyedari kerajaan Rom adalah satu kuasa besar yang hebat dan kuat.

Pada peringkat awal masyarakat Arab memandang sinis terhadap kerajaan Madinah yang jumlah tenteranya hanyalah 3000 orang untuk menentang tentera Rom dan sekutunya yang berjumlah 200,000 orang.

Walaupun jumlah tentera muslimin kecil namun tentera Rom dan sekutunya gagal mengalahkannya. Ini bukti pertolongan Allah bersama dengan kaum muslimin.

Jumlah korban syahid di pihak tentera Islam sedikit iaitu 12 orang sahaja manakala di pihak musuh jumlahnya lebih tinggi. Ketangkasan pahlawan Islam memang hebat dan wajar disanjungi.

Kesan peperangan adalah banyak lagi kabilah-kabilah lain menerima Islam dan paling tidak pun mereka tidak memusuhi Islam. Antara kabilah tersebut adalah Bani Salim, Asyja, Ghatafan, Zibyan, Fazarah dan lain-lain lagi.

Pos Terkait:  FF Tools Pro: A Comprehensive Guide

Peperangan ini memberi inspirasi untuk menerjah kerajaan Rom pada masa yang akan datang oleh para Sahabat yang meluaskan dakwah.

Khalid Al Walid berjaya membawa pulang tentera muslimin dengan selamat dan mereka juga sempat membawa jenazah Jaafar bin Abi Talib yang syahid untuk disemadikan.

Nama Islam menjadi harum dengan keberanian dan kehebatan pasukan tenteranya yang tidak gentar dengan sebuah kerajaan yang di kenali mempunyai kekuatan.

Para Sahabat tetap mendengar arahan pimpinan perang walaupun Baginda tidak bersama dalam peperangan ini. Ini menunjukkan kepimpinan Baginda berhasil mendidik kaum muslimin untuk patuh dan taat kepada arahan dan amanah dari Baginda.

Peperangan ini telah dirakamkan dalam sejarah dunia sebagai peperangan yang paling sengit. Islam tetap menang apabila segala kelengkapan, persediaan, strategi yang betul serta pergantunggan kepada Allah sentiasa dijadikan matlamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close