Caramantap

Sahabat Mus’ab Mati Syahid Dalam Perang Uhud | Inilah Penyebabnya

×

Sahabat Mus’ab Mati Syahid Dalam Perang Uhud | Inilah Penyebabnya

Share this article

Peperangan Uhud : Mus’ab Syahid

 

Mus’ab Bin Umair telah diberi amanah oleh Rasulullah s.a.w untuk memegang bendera tentera muslimin sebelum ini di medan Badar dan sekarang di medan Uhud. Apabila Hamzah syahid musuh mula melihat ada ruang untuk merebahkan bendera tentera muslimin yang ditegakkan oleh Mus’ab. Serangan mula dihalakan kepada beliau.
Sejarah keislaman Mus’ab telah dikisahkan sebelum ini iaitu dari seorang bangsawan Quraisy yang mewah dan berpewatakkan hebat akhirnya dibuang keluarga kerana memilih Islam. Dari hidup penuh kemewahan beliau mengharungi hidup seperti orang biasa yang miskin hartanya namun jiwanya kaya. Sempat berhijrah ke Habsyah dan Yathrib (Madinah). Menjadi utusan Rasulullah s.a.w untuk mengajarkan al Quran ke (Madinah) sebelum Baginda berhijrah. Ramai yang berjaya diIslamkan oleh Mus’ab hasil dari dakwah beliau yang penuh hikmah dan bijaksana.
Ketika peperangan di medan Uhud menjadi sengit dan kelam kabut akibat salah anggap para sahabat terhadap arahan Baginda maka Mus’ab berperanan menyusun kembali pasukan tentera untuk menyerang musuh. Namun Ibnu Qumaiah panglima Quraisy telah memerhatikan Mus’ab dan meluru kepadanya dengan kuda lalu melibas tangan Mus’ab yang sedang memegang bendera muslimin. Tangan Mus’ab putus dan Mus’ab melaungkan dengan kuat seraya berkata,
Lalu Mus’ab memegang bendera muslimin dengan tangannya yang sebelah lagi sambil membongkok melindunginya. Tangan beliau yang sebelah itu kemudiannya dilibas sehingga putus pula oleh Ibnu Qumaiah namun beliau tetap berusaha memegang bendera dengan lengannya dan merapatkan ke dadanya sambil melaungkan,
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa Rasul.”
Ibnu Qumaiah datang dengan tombak dan menerjah ke dada Mus’ab sehingga patah tombak tersebut. Gugurlah Mus’ab sebagai pahlawan muslim dengan Iman dan keyakinan kepada Islam yang tidak sedikit sumbangannya kepada seruan dakwah pada waktu Islam mula didakwahkan. Bendera muslimin dirangkul seterusnya oleh Ali Bin Abi Talib atas arahan Rasulullah s.a.w.
Kesedihan menyelubungi tentera Islam terutamanya Rasulullah s.a.w melihat gugurnya Mus’ab dalam usia awal 40an. Syahid seorang yang asalnya bangsawan Quraisy yang bukan sekadar kaya tetapi segak dan tampan telah memilih akhirat sebagai tempat istirehatnya.
Baginda dan bersama para sahabat melihat jasad Mus’ab yang memakai pakaian yang kasar buatannya iaitu pakaian orang-orang biasa sedangkan dahulunya beliau mengenakan pakaian dari kain yang halus buatannya. Malah kain yang dimiliki untuk menutup jenazahnya tidak cukup panjang. Apabila ditutup mukanya maka terdedahlah kakinya, manakala apabila ditutup kakinya maka terdedahlah mukanya. Lalu Baginda berkata,” tutuplah pada bahagian kepalanya dan kakinya tutuplah dengan idzkhir (sejenis daun).”
Seterusnya Baginda yang melihat kain kasar yang menutup jasad Mus’ab berkatalah Baginda, “ketika di Mekah dahulu, tidak ada seorang pun yang aku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya daripadanya. Tetapi sekarang ini, dengan rambutmu yang tak terurus hanya dibalut sehelai burdah.
Seterusnya Baginda berkata ketika melihat kepada mereka yang syahid, “sungguh, Rasulullah akan menjadi saksi nanti di hari kiamat, bahawa kalian semua adalah syuhada di sisi Allah!
Begitulah gugurnya syuhada Mus’ab pejuang yang kenal erti kehidupan dan matlamat akhirat.
Pos Terkait:  Bagaimanakah Cara Perawatan Jangkrik yang Baik?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close