Caramantap

Proses Pemakaman Para Syuhada’ Perang Uhud

×

Proses Pemakaman Para Syuhada’ Perang Uhud

Share this article

Peperangan Uhud : Pengkebumian Para Syuhada Uhud

 

Jumlah para sahabat syuhada di peperangan Uhud adalah 70 orang yang telah dikenal pasti Baginda turut sama melihat jenazah para syuhada ini termasuk yang dirobek tubuhnya oleh tentera musuh sebelum mereka kembali ke Mekah. Kemudian Baginda bersabda,
“Aku menjadi saksi atas mereka ini semua, tidak seorang pun yang keluar ke jalan Allah kecuali akan dibangkitkan Allah di Hari Kiamat nanti dengan lukanya, berwarna dengan warna darah manakala baunya adalah bau kasturi.”
Apabila Baginda sampai kepada jenazah Hamzah Bin Abdul Mutalib, Baginda menangis sebagaimana disebut oleh Abdullah bin Masud,
“Belum pernah lagi kami melihat Rasulullah s.a.w menangis seperti mana Baginda menangis ke atas Hamzah bin Abdul Mutalib. Baginda meletakkan jenazah Hamzah di sebelah Qiblat, di situ Baginda berdiri di samping jenazahnya kemudian Baginda menangis hingga kedengaran sedunya.”
Melihat para syuhada amat memilukan hati. al-Khabbab menceritakan,
“Sebenarnya Hamzah sendiri tidak mempunyai kain kapan yang secukupnya, selain dari kain serbannya jalur merah putih, sekiranya ditutup kakinya terbuka pula kepalanya dan kalau ditutup kepalanya maka kakinya akan terbuka, akhirnya ditutup kepalanya dan kakinya ditutup dengan tumbuhan al-Izkhir.”
Ada jenazah yang syuhada yang telah dibawa pulang ke Madinah oleh keluarganya namun Baginda mengarahkan supaya dibawa kembali ke tempat mereka syahid untuk dikebumikan. Antaranya Syamas Bin Usman yang telah dibawa ke Madinah dalam keadaan luka parah dan meninggal dunia beberapa hari kemudian. Baginda memerintahkan jasadnya dibawa ke Uhud dan dikuburkan di sana.
Mereka dikebumikan dengan ditanggalkan pakaian besi serta kulit tanpa di mandi dan dikebumikan dengan pakaian mereka yang berdarah. Ada yang dikebumikan satu liang lahad seorang, berdua dalam satu liang lahad dan bertiga dalam satu liang lahad. Mereka dikebumikan secara mendahului yang paling banyak mengingati al Quran. Abdullah bin Amru bin Hiram dikebumikan bersama-sama Amru bin Jamuh di dalam satu lahad kerana persahabatan mereka berdua yang sangat akrab. Hamzah dikebumikan bersama Abdullah bin Jahsy iaitu anak saudaranya malah saudara sepenyusuan.
Setelah selesai urusan pengurusan syuhada Uhud maka Rasulullah s.a.w berangkat pulang menuju ke Madinah. Kaum wanita menanti perkhabaran tentera muslimin dan Baginda menemui mereka serta menyampaikan berita berkenaan anak, suami dan bapa saudara mereka yang telah syahid.
Pos Terkait:  5 HP Oppo di Bawah 2 Juta dengan Fitur Menarik, Ini Opsinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close