Caramantap

Hijrah Nabi Muhammad Saw ke Madinah (bagian 3) Bersembunyi Dengan Sahabat Abu Bakar r.a

×

Hijrah Nabi Muhammad Saw ke Madinah (bagian 3) Bersembunyi Dengan Sahabat Abu Bakar r.a

Share this article

Rasulullah Berhijrah Ke Madinah (bagian 3)

Kafir Quraisy telah mendera dan mengurung Ali Bin Abi Talib dengan harapan akan mengetahui ke mana Baginda telah pergi. Namun segala penyiksaan kepada Ali tidak berbekas dan tiada maklumat yang diperolehi. Kemudian mereka menuju ke rumah Abu Bakar dan bertanya kepada Asma ke mana bapanya menghilang. Asma berkata dia tidak tahu. Abu Jahal yang semakin marah telah menampar Asma dan beredar dari situ.
Kafir Quraisy mula mengepung semua jalan keluar, pengawal-pengawal yang lengkap dengan senjata serta dikerah mencari Baginda di seluruh pelusuk Mekah hatta mendaki ke bukit dan mencari di gua. Sehinggalah akhirnya ada yang mendaki bukit Thur dan berdiri di hadapan pintu gua Thur. Abu Bakar menjadi sangat cemas kerana beliau dapat melihat kaki mereka. Lalu berkatalah Abu Bakar kepada Baginda sebagaimana riwayat Imam Bukhari,
Dari Anas dari Abu Bakar katanya, “Semasa aku bersama dengan Rasulullah s.a.w di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki Quraisy dari celah-celah batu. Kataku,wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah, “Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita.
Antara faktor kenapa mereka tidak menjenguk ke dalam gua adalah kerana terdapatnya sarang labah-labah dan sarang burung. Kebiasaanya jika ada sarang labah-labah dan sarang burung pastilah tiada sesiapa yang berada dalam gua. Hakikatnya itulah mukjizat Allah bagi hambanya Rasulullah s.a.w. Lihat firman Allah dalam surah Taubah ayat 40,
إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya : Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepadanya (Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (Taubah : 9:40).
Setelah semua usaha mencari Rasulullah s.a.w oleh musyrikin Mekah gagal dan suasana sedah agak reda selepas 3 hari maka Baginda dan Abu Bakar mula bergerak menuju ke Madinah. Abdullah Bin Uraiqat seorang yang bukan Islam telah diupah untuk menjadi penunjuk jalan dalam misi ini. Walaupun beliau bukan Islam namun beliau seorang yang boleh dipercayai dan mahir tentang selok belok perjalanan. Mereka memulakan perjalanan pada 1 Rabiul Awwal tahun pertama Hijrah. Abdullah bin Uraiqat telah membawa mereka melalui selatan negeri Yaman melalui persisir pantai dan menyelusuri jalan yang jarang dilalui oleh orang. Semuanya dilakukan bagi mengelak mereka dikesan oleh musuh-musuh yang pastinya mencari peluang untuk membunuh Rasulullah s.a.w.
Abu Bakar sentiasa tidak tenang dalam perjalanan ini sehingga beliau kadang-kadang menunggang unta dihadapan, dibelakang, ke kiri dan ke kanan. Tindakan ini telah ditanya oleh Baginda kenapa beliau berbuat demikian. Abu Bakar menjelaskan beliau risau keselamatan Baginda. Apabila beliau terasa musuh akan datang dari depan maka beliau ke hadapan, kemudian bila beliau rasa musuh akan datang dari belakang beliau ke belakang dan begitulah seterusnya ke kiri dan ke kanan. Baginda berkata kepada Abu Bakar sesungguhnya Allah bersama dengan kita.
Maka barulah Abu Bakar menjadi tenang.
Pos Terkait:  Cara Menggunakan Android Device Manager

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close