Caramantap

Tentara Perang Uhud Mempertahankan Keselamatan Nabi Muhammad Saw

×

Tentara Perang Uhud Mempertahankan Keselamatan Nabi Muhammad Saw

Share this article

Peperangan Uhud : Para Sahabat Mempertahankan Rasulullah s.a.w

Keadaan serangan kepada Rasulullah s.a.w semakin giat dilancarkan oleh tentera musuh. Mereka memang berhasrat untuk bersungguh-sungguh membunuh Baginda. Setiap ruang yang ada pasti digunakan untuk menjadikan Baginda sebagai sasarannya. Seperti yang disebut sebelum ini berlaku kecederaan kepada tubuh Baginda akibat serangan yang berasak-asakkan.
Di dalam hadis sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah terpatah, kepalanya terluka hingga darah mengalir, namun Rasulullah s.a.w masih menyebut: “Bagaimana boleh berjaya sesuatu kaum yang melukakan muka nabi mereka, ketika mereka mematahkan giginya semasa Baginda menyeru mereka kepada Allah.
Kemudian Allah menurunkan firmanNya,
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ
Maksudnya : Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Dia menyeksa mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. (Ali Imran 3:128)
Kemurkaan Allah ke atas mereka yang menyakiti Baginda. Namun Baginda tetap berdoa agar memaafkan kaumnya yang tidak mengatahui. Lihat maksud hadis yang diriwayatkan oleh al Tabrani.
“Bersangatan kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka RasulNya, setelah beberapa ketika Rasulullah berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui.
Manakala dalam sahih Muslim pula diriwayatkan dengan katanya, “Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui.
Manakala di dalam kitab “al-Shifa”‘ oleh al-Qadhi Eyadh pun menyebut makna yang sama, “Ya Allah Ya Tuhanku berilah hidayah kepada kaumku lantaran mereka tidak mengetahui.
Inilah Rasulullah tetap mengharap mereka yang menyekat dakwah dan menyakitinya tetap mendapat hidayah dari Allah. Hebat sungguh dirimu Ya Rasulullah.
Al-Hakim menyebut di dalam kitabnya: “al-Iklil”, “berlaku di dalam peperangan Uhud ini di mana beliau (Talhah) terkena tetakan sebanyak tiga puluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan terpotong jarinya.”
Manakala al-Bukhari meriwayatkan dari Quis bin Abi Hazim katanya, “aku melihat tangan Talhah terpotong, ini berlaku kerana beliau mempertahankan diri Rasulullah s.a.w di dalam peperangan Uhud.”
Para Sahabat yang lain kini sudah berkumpul dikeliling Baginda namun keadaan Baginda sudah luka dan cedera. Musuh tidak dapat lagi meloloskan diri untuk menyerang Baginda. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Saad katanya,
“Aku lihat Rasulullah s.a.w di dalam peperangan Uhud bersamanya dua lelaki yang serba putih mempertahankan Rasulullah s.a.w, penuh ketangkasan, mereka berdua ini belum pernah aku lihat selama ini dan selepasnya.”
Para Sahabat yang awal yang membentengi Baginda dari kalangan Ansar 6 orang telah syahid dan yang ke 7 mengalami luka parah sehingga tidak mampu untuk bangun. Sahabat yang lain segera mempertahankan Baginda ketika Saad dan Talhah terus bertempur dengan musuh yang ramai. Abu Bakar yang sentiasa berada dekat dengan Baginda dan kini tidak meninggalkan Baginda dari sebarang ancaman lagi.
Seterusnya Baginda mengarahkan agar pasukannya naik ke Bukit. Kenderaan Baginda tidak mampu untuk naik maka turunlah Talhah bagi memikul Baginda dengan belakangnya. Di saat itu itu pula musuh iaitu Ubay Bin Khalaf menuju untuk membunuh Baginda. Beliau berjaya meloloskan diri dari kepungan tentera Islam. Talhah mahu menghadapi Ubay Bin Khalaf yang legkap berbaju besi.
Baginda menghalang Talhah dan berkata biar Baginda yang menghadapinya. Ubay Bin Khalaf telah bersumpah dari awal ketika di Mekah lagi beliau memang hendak membunuh Baginda. Kini beliau berdepan dengan Baginda lengkap berbaju besi dan diatas kuda yang tangkas yang telah disediakan khusus untuk peperangan ini.
Baginda Rasul mengambil anak panah Sahabat dan mensasarkan leher Ubay Bin Khalaf kawasan yang ada sedikit ruang terbuka dan memanahnya. Panahan Baginda yang terlalu kuat menyebabkan Ubay terjatuh dari kudanya dan jatuh bergolek. Beliau bangun dalam ketakutan lantas melarikan diri. Beliau menjerit kepada pasukannya dan berkata “Muhammad memanah aku matilah aku.”
Apabila beliau tiba berdekatan pasukannya mereka melihat luka dilehernya dan dengan sinisnya berkata, “wahai Ubay luka ini kecil dan tidak akan menyebabkan kamu terbunuh.”
Ubay yang masih terkejut berkata, “jika Muhammad meludah aku pun aku boleh mati.”
Pada masa yang sama Baginda telah dibawa oleh Talhah ke atas bukit dan Saad pula mula mengawal bukit yang cuba diceroboh oleh tentera musuh. Khalid Bin Al Walid melihat pasukan Baginda sudah menguasai semula bukit. Beliau dan pasukannya cuba untuk menjatuhkan bendera tentera muslimin. Rasululla s.a.w memerintahkan Saad memanah ke pasukan Khalid Bin Al Walid yang jumlahnya begitu ramai. Berkata Saad, “bagaimana aku dapat memanah seorang diri terhadap pasukan ini ya Rasulullah?”
Baginda mendoakan setiap panahan Saad dan tidak ada satu pun yang tersasar sama ada musuh tercedera atau terbunuh.
Pos Terkait:  Cara Melukis Batu Kali Gambar
close