Caramantap

Pertahanan Pasukan Umat Muslim Dalam Perang Uhud

×

Pertahanan Pasukan Umat Muslim Dalam Perang Uhud

Share this article

Peperangan Uhud Pasukan muslimin Pertahanan

 

Baginda dan para tentera muslimin tetap mara untuk berperang. Walaupun jumlah mereka sudah berkurang akibat pengkhianatan Abdullah Bin Ubay. Baginda menyusun pasukan pemanah yang berjumlah 50 orang. Pasukan ini diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Nukman Al-Ausi Al-badr. Mereka diperintahkah berada di atas bukit Uhud di bahagian selatan yang dikenali sebagai Jabal al Rumaah.
Baginda telah berpesan kepada mereka dengan sabdanya,
Baginda mengulang-ulang arahan ini agar mereka tetap dengan apa yang diperintahkan oleh Baginda. Seterusnya Baginda meniupkan semangat kepada para tentera muslimin. Baginda menghunus pedangnya dan bertanya kepada para panglimanya,
“Siapakah yang mahu mengambil pedang ini dan menunaikan haknya?”
Beberapa orang bangun untuk menawarkan diri antaranya, Hamzah Bin Abdul Mutalib, Ali Bin Abi Talib, Zubair al Awwam dan Miqdad namun semuanya ditolak oleh Baginda. Baginda terus bertanya lagi soalan yang sama. Kemudian Abu Dujanah bangun dan bertanya kepada Baginda,
“Apakah hak pedang ini wahai Pesuruh Alllah?”
Baginda gembira mendengar soalan ini dan inilah soalan yang ditunggu-tunggu oleh Baginda. Kemudian berkatalah Baginda,
“Hak pedang ini adalah ia mesti digunakan sehingga bengkok kerana terlalu banyak digunakan untuk mencantas dan memukul musuh-musuh Islam.”
Berkata Abu Dujanah, “aku bersedia wahai Rasulullah.”
Baginda seterusnya menyerahkan pedang tersebut kepada Abu Dujanah. Abu Dujanah adalah seorang panglima yang berani, beliau menyombong semasa berhadapan dengan musuhnya, beliau mempunyai kain serban berwarna merah, orang ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan darah terakhir. Apabila beliau membelit kepalanya dengan serban merah itu. Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah s.a.w, terus beliau membelit kepalanya dengan serban merahnya itu, beliau berjalan di antara dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah bersabda: “Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di suasana sebegini.
Pos Terkait:  Cara Share Link Akun Twitter dengan Mudah dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close