Caramantap

Peristiwa Sedih & Pilu Maa’ Al Raji’

×

Peristiwa Sedih & Pilu Maa’ Al Raji’

Share this article

Peristiwa Sedih Maa’ Al Raji’

 

Dua kabilah kecil yaitu Udhal dan Qaarah merancang untuk melakukan pembunuhan terhadap umat Islam Madinah. Mereka telah berpakat juga dengan Bani Huzail untuk melakukan serangan namun selepas kematian Khalid Bin Sufyan yaitu ketua Bani Huzail maka mereka tidak berani untuk menyerang Madinah tetapi berkata sanggup membantu kabilah Udhal dan Qaarah.
Kabilah ini telah berpura-pura dan menghantar wakil bertemu dengan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan berita bahawa terdapat di kalangan mereka yang telah menganut Islam. Lalu mereka meminta kepada Baginda agar dikirimkan beberapa orang untuk mengajarkan perihal Islam dan al Quran. Maka Baginda bersetuju untuk menghantar beberapa orang untuk mengajar mereka. Menurut riwayat Ibnu Ishak dan Bukhari jumlah yang dihantar adalah 10 orang manakala dalam riwayat yang lain adalah 6 orang sahaja.
Wakil yang dipilih oleh Baginda adaah Asim Bin Thabit iaitu datuk kepada Asim Bin Umar Al Khattab. Asim Bin Thabit pernah menyertai perang Badar dan telah membunuh 2 orang pemegang bendera musyrikin ketika peperangan berlangsung. Beliau juga termasuk yang mahir dalam al Quran bukan sekadar pahlawan perang.
Pasukan ini berangkat dan tiba di tempat bernama al-Raji’ yaitu kawasan air kabilah Bani Huzail, tiba-tiba mereka telah diserang dan dikepung oleh 200 orang tentera berkuda. Pasukan Islam cuba lari dan menyelamatkan diri namun tidak berjaya kerana jumlah musuh sangat ramai dan mereka pula sudah masuk perangkap yang memang sudah disediakan dari awal lagi. Berlaku tawaran kepada Asim Bin Thabit untuk bersama mereka dan mereka akan selamat. Namun Asim Bin Thabit menolak apa jua tawaran dari musuh Islam dan musuh Allah.
Akibat penolakkan tawaran ini maka berlakulah peperangan dengan musuh. Asim Bin Thabit tetap menyerang dan membunuh pasukan musuh hinggakan tiada siapa yang berani mendekatinya. Akhirnya mereka diserang dengan anak-anak panah yang menghujani pasukan Islam dan menyebabkan 7 orang terbunuh. Musuh telah memenggal kepala Asim Bin Thabit yang gugur syahid.
Kini tinggal 3 orang sahaja iaitu Abdullah Bin Thariq, Khubaib Bin Adi dan Zaid Bin Dassinah. Mereka dijadikan tawanan oleh orang-orang Udhal dan Qaarah. Tetapi Abdullah Bin Thariq berjaya melepaskan diri lalu mengambil pedang dan melawan mereka namun beliau akhirnya mati dibunuh. Tinggal 2 wakil Islam yang dibawa ke Mekah untuk dijadikan tukaran tawanan oleh kabilah Udhal dan Qaarah yang ditawan oleh musyrikin.
Apabila tiba di Mekah Khubaib Bin Adi dan Zaid Bin Dassinah cuba dijual kepada kafir Quraisy. Tindakan ini menyebabkan kafir Quraisy menjadi gembira untuk melanyak dan membunuh kedua-dua wakil Islam yang telah membunuh saudara mereka dalam peperangan Uhud.
Apakah terjadi kepada 2 wakil Islam ini?
Zaid Bin Dasinah telah dibeli oleh Safwan Bin Umayyah dengan nilai 50 ekor unta. Tujuan Safwan Bin Umayyah membeli Zaid Bin Dasinah adalah untuk membunuhnya kerana dendam kepada Zaid Bin Dasinah yang telah membunuh ayahnya Umayyah Bin Khalaf di medan perang. Ibnu Ishak meriwayatkan bagaimana Zaid Bin Dasinah dibunuh.
Safwan Bin Umayyah telah menyuruh hamba miliknya iaitu Nisthas dan beberapa orang membawa Zaid Bin Dasinah ke Tana’im iaitu luar dari Tanah Haram. Ada sama ketika itu adalah Abu Sufyan yang bertanya soalan kepada Zaid Bin Dasinah, “wahai Zaid apakah kamu mahu sekiranya yang menggantikan tempat kamu sekarang adalah Muhammad dan kamu kami lepaskan untuk bersama keluargamu?”
Jawab Zaid, “Demi Allah, aku tidak akan berasa senang jika bersama kelurgaku sedangkan Muhammad tercucuk duri di tempatnya sekarang sewaktu aku dibunuh.”
Berkata Abu Sufyan, “aku tidak pernah melihat seorang manusia mencintai manusia lain seperti sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad.”
Kemudian Nisthas membunuh Zaid Bin Dasinah dengan menikam dengan lembing ke dadanya. Syahid Zaid Bin Dasinah ditangan musuh Islam dengan kembali kepada Allah tetap kukuh aqidahnya dan cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Masya Allah hebat sungguh imannya.
Manakala kedudukan Khubaib Bin Adi pula menurut Ibnu Ishaq, “lalu Khubaib dibeli oleh Hujair bin Abi Ihab at-Tamimi, sekutu Bani Naufal dan diberikan kepada Uqbah bin Harits. Dan Abu Ihab at-Tamimi adalah saudara seibu al-Harits bin Amir, ayah Uqbah.
Sebelum ini Khubaib Bin Adi telah dikurung oleh keluarga Harits sehingga sampai masa mereka membawanya keluara dari Tanah Haram ke Tanaim untuk dibunuh dengan cara disalib. Sebelum dibunuh Khubaib Bin Adi telah meminta untuk solat 2 rakaat. Permintaannya ditunaikan oleh mereka. Setelah beliau memberi salam maka berkatalah beliau dengan memandang kepada mereka yang mahu membunuhnya.
“Demi Allah, kalau tidak kamu menyangka yang aku ini takut mati, nescaya aku akan memanjangkan solatku”. Kemudian beliau berdoa, “Ya Allah ya Tuhanku! Musnahkanlah mereka semua, bunuhlah mereka sehabis-habisnya dan jangan tinggal seorang pun dari mereka.
Kemudian mereka pun terus mensalib dan dihujani dengan anak-anak panah serta ditikam untuk membunuhnya. Burung-burung pemangsa yang berterbangan diangkasa tidak turun untuk merobek jasad Khubaib Bin Adi. Semuanya terbang meninggalkan jasad Khubaib Bin Adi di palang kayu. Sungguh benar jasad para syuhada dipelihara oleh Allah.
Rasulullah s.a.w yang berada di Madinah mendapat khabar dari Jibril tentang para sahabatnya yang telah disiksa dan dibunuh. Baginda memerintahkan Miqdad bin Amar dan Zubair bin Awwam memacu kuda untuk mencari mereka. Miqdad dan Zubair menemukan jasad Khubaib yang disalib dan seterusnya menguburkan jenazahnya.
Para syuhada ini menemui Allah dalam redhanya demi perjuangan bersama Baginda. Tiada sedikit pun ketakutan dengan musuh. Kematian mereka juga tidak memenangkan musuh bahkan musuh merasa hairan bagaimana mereka sanggup mati demi Islam dan Rasul.
Pos Terkait:  Bagian Tubuh Manusia Ini Dipercaya Sebagai Bukti Sisa
close