CaramantapHubungan Pribadi

Kisah Peperangan Bani Mustaliq atau Muraisi (Kabilah Bani Khuza’ah)

×

Kisah Peperangan Bani Mustaliq atau Muraisi (Kabilah Bani Khuza’ah)

Share this article

Peperangan Bani Mustaliq atau Muraisi

Bani Mustaliq adalah dari Kabilah Bani Khuza’ah yang ada hubungan persaudaraan dengan Aus serta Khazraj. Mereka tinggal di daerah Qudaid dan Asafan. Asalnya Bani Khuza’ah mempunyai perjanjian damai dengan kaum muslimin walaupun mereka masih lagi menyembah berhala yang bernama Manat. Akibat adanya berhala ini maka penempatan mereka sentiasa dikunjungi oleh para jamaah Haji dan telah memberi sumbangan ekonomi kepada mereka. Namun Bani Khuza’ah mulai menunjukkan sikap permusuhan dengan kaum muslimin apabila mereka menyebelahi tentera musyrikin dalam peperangan Uhud.
Berlakunya peperangan dengan Bani Mustaliq ini pada bulan Sya’ban tahun ke 6 Hijrah menurut pendapat yang paling sahih. Telah sampai berita kepada Rasulullah s.a.w ketua kabilah Bani Mustaliq yang bernama Harith Bin Abi Dhirar sedang mengumpul bala tenteranya untuk melakukan serangan terhadap Madinah. Maka Baginda telah mengutuskan seorang Sahabat yang bernama Buraidah Bin Hasib al-Aslami untuk meninjau dan mendapatkan maklumat yang paling tepat. Buraidah Bin Hasib al-Aslami telah menyamar dan menyelinap masuk ke tempat Bani Khuza’ah untuk mengetahui berita sebenar. Beliau telah bercakap dengan Harith Bin Abi Dhirar dan akhirnya beliau kembali ke Madinah untuk menyampaikan maklumat yang telah diperolehinya.
Mendapat khabar ini maka Baginda segera menyusun strategi untuk melakukan serangan ke atas Banu Khuza’ah sebelum mereka melakukan serangan ke Madinah. Jumlah tentera muslimin adalah 700 orang dengan pasukan berkuda berjumlah 30 orang. Turut serta dalam pasukan ini adalah sekumpulan munafiqun yang tidak pernah menyertai mana-mana peperangan sebelum ini.
Harith Bin Dhirar pula telah menghantar seorang pengintip untuk mengetahui pergerakan tentera muslimin namun pengintip tersebut dapat ditangkap dan dibunuh. Mengetahui pasukan tentera muslimin sedang menuju ke penempatan mereka. Harith Bin Dhirar menjadi takut dan pasukannya yang terdiri dari kalangan Arab Badwi pun menjadi gerun lalu mereka telah melarikan diri untuk mencari tempat yang selamat dan tidak mahu bertembung dengan tentera muslimin.
Apabila tentera Islam tiba di satu kawasan bernama Muraisi iaitu kawasan perairan Bani Mustaliq berdekatan dengan pantai maka Baginda mengarahkan dibuat persiapan untuk menyerang dengan segera. Para ahli sirah berbeza pandangan tentang serangan yang dilakukan telah membunuh musuh Islam dan ada yang mengatakan tiada pertempuran tetapi hanyalah berlaku serangan yang menyebabkan adanya tawanan harta, binatang ternak dan wanita-wanita Bani Khuza’ah. Inilah pandangan Ibnu Qayyim yang berhujah dengan membawa hadis
“Di antara perempuan-perempuan yang ditawan ialah Juwairiyah binti Harith anak kepada ketua kabilah yang menjadi tawanan Thabithin Qais. Beliau menawar peluang memerdekakan diri secara mukatabah (membebaskan diri secara bayar beransur-beransur). Justeru itu Rasulullahn s.a.w bertanggungjawab memerdekakan beliau. Kemudian Baginda mengahwininya, setelah itu tentera Islam memerdekakan pula keluarga Bani Mustaliq yang telah memeluk Islam, dengan kata mereka,”mereka adalah mertua-mertua Rasulullah s.a.w.
Hasil perkahwinan Baginda dengan Juwairiyah Bin Harith, menyebabkan para sahabat segera memerdekakan 100 ahli keluarga Bani Mustaliq kerana memuliakan Baginda yang sudah bersaudara dengan Bani Mustaliq.
Pos Terkait:  Cara Menyalakan Laptop HP Mini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close