Inilah Kisah Perjanjian ‘Aqobah Pertama (Baiatul Aqobah 1)

Posted on

Perjanjian Aqabah Pertama

Pada tahun kesebelas kebangkitan Baginda sebagai Rasul, Baginda telah berdakwah dan menyeru enam orang yang datang dari Madinah (Yathrib) ketika menunaikan haji ke Mekah dan mereka menerima Islam. Pada tahun ke dua belas pada musim haji berikutnya dikirimkan beberapa orang dari Madinah untuk menemui Baginda dan memeluk Islam. Mereka datang bukan sahaja untuk ibadah haji tetapi untuk berbai’ah (memeterai perjanjian) dengan Rasulullah s.a.w mewakili penduduk Madinah. Jumlah mereka yang telah tiba di Makkah adalah dua belas orang lelaki, termasuk lima orang yang telah bertemu Rasulullah s.a.w pada musim haji yang lepas dan tidak termasuk Jabir bin Abdullah bin Riab. Tujuh orang tersebut adalah,
1. Muaz bin al-Harith Ibn ‘Afa Bani al-Najar al-Khazraj 
2. Zakwan bin Abd al-Qais Bani Zuraiq al-Khazraj 
3. Ubbadah bin al-Samit Bani Ghanam al-Khazraj 
4. Yazid bin Tha’labah sekutu Bani Ghanam al-Khazaraj 
5. al-Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah Bani Salim al-Khazaraj 
6. Abu al-Haitham bin Bani Abd al-Tihan al-Asyhal al-Aus 
7. Uwaim bin Sa’idah Bani Amru bin Auf al-Aus 
Kesemua mereka telah mendengar tentang Islam dan mengatur bertemu Baginda di tempat bernama Aqabah serta membuat persetujuan untuk mengikat perjanjian. Kandungan perjanjian itu adalah seperti berikut, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,
1. Janganlah kamu menyekutukan Allah.
2. Janganlah kamu mencuri. 
3. Janganlah kamu mendekati zina.
4. Janganlah kamu membunuh anak-anak kandung kamu.
5. Janganlah kamu mencemarkan dan menfitnah, 
6. Janganlah kamu mengingkari Rasulullah s.a.w pada perbuatan baik.
Kemudian Rasulullah s.a.w melanjutkan bicaranya dengan berkata,
“Sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi kalau sekiranya Allah melindunginya maka itu terserah kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka itu adalah habuannya”.
Perjanjian ini disebut Perjanjian Aqabah Pertama (baiah al Aqabah al Ula) atau Perjanjian Wanita (Baiah al Nisa) kerana ianya perjanjian taat setia seperti perjanjian wanita dengan Baginda dan belum lagi perjanjian untuk jihad.
Setelah ikatan janji ini dikotakan dan dipertahankan maka kesemuanya mereka kembali ke Madinah untuk menyampaikan seruan Baginda. Bagi memudahkan penduduk  Madinah memahami Islam maka Rasulullah s.a.w telah mengirim seorang sahabat yang masih muda remaja untuk mengajarkan tentang Islam kepada mereka. Sahabat tersebut adalah Mus’ab Bin Umair. Beliau adalah merupakan duta Islam pertama yang diutuskan ke Madinah. Terlalu banyak jasa Mus’ab Bin Umair dalam mengajar dan menerangkan tentang Islam di Madinah. Sehingga tidak ada rumah yang tidak diketuk oleh beliau demi menyampaikan seruan Islam. Dakwahnya berjaya menarik ramai masuk Islam sedangkan Baginda 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *