Kisah Tahun Kesedian Rasulullah Muhammad Saw (‘Amul Khuzni) Dan Kejadian Yang Ada Di Dalamnya (bagian 1)

Posted on

Tahun Kesedihan Rasulullah Muhammad Saw (‘amul khuzni)

 

Usia Abu Talib sudah mencecah lapan puluh tahun iaitu selepas peristiwa pemboikotan terhadap Bani Hashim dan Bani Mutalib yang berjaya dimusnahkan. Pada ketika itu keadaan kesihatan Abu Talib mulai semakin merosot. Namun Baginda mempunyai dua tokoh besar iaitu Hamzah dan Umar yang sudah menerima Islam dan sentiasa mempertahankan Rasulullah.
Kafir Quraisy merasa risau sekiranya Abu Talib meninggal dunia Rasulullah dan kaum muslimin akan menguasai Mekah. Mereka sering bersangka buruk seolah-olah Rasulullah mempunyai ketamakkan seperti mereka yang menjadikan dunia sebagai matlamat kehidupan.
Berita tentang keadaan Abu Talib yang semakin tenat tersebar dikalangan kafir Quraisy dan sampai kepada Abu Lahab. Beliau segera menuju ke rumah Abu Talib dan setibanya di sana beliau mendapati Rasulullah berada dihujung kepala Abu Talib. Baginda memujuk Abu Talib agar menerima Islam sebagaimana disebutkan seperti berikut,
Dari Musayib bin Hazn, beliau menceritakan,
أَنَّهُ لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلِ بْنَ هِشَامٍ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ المُغِيرَةِ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي طَالِبٍ: ” يَا عَمِّ، قُلْ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، كَلِمَةً أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ ” فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ: يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ المُطَّلِبِ؟ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ، وَيَعُودَانِ بِتِلْكَ المَقَالَةِ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا كَلَّمَهُمْ: هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ المُطَّلِبِ، وَأَبَى أَنْ يَقُولَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَمَا وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ» فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِيهِ: {مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ} [التوبة: 113] الآيَةَ
Maksudnya : Ketika Abu Talib hampir meninggal dunia, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mendatanginya. Di mendekati Abu Talib, beliau melihat adanya Abu Jahal bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Umayah bin Mughirah. Kemudian berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Abi Talib, “wahai bapa saudaraku, ucapkanlah laa ilaaha illallah, kalimah yang aku akan menjadi saksi untuk membela kamu dihadapan Allah.” Namun Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah segera menyangahi dengan berkata, “wahai Abu Talib, apakah kamu membenci agama Abdul Mutalib?’ Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam terus mengajaknya untuk mengucapkan kalimah tauhid, namun dua orang itu selalu mengulang-ulang ucapannya (menghalang Abu Talib mengikut kata Baginda). Hingga Abu Talib memilih ucapan terakhir, dia mengikuti agama Abdul Mutalib dan enggan untuk mengucapkan laa ilaaha illallah. Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bertekad, ”Demi Allah, aku akan memohonkan ampunan untukmu kepada Allah, selama aku tidak dilarang.” Lalu Allah menurunkan firmanNya di surah at-Taubah: 113. dan al-Qasas: 56. (HR. Bukhari 1360 dan Muslim 24)
 Di dalam surah Taubah Allah menerangkan,
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Maksudnya : Tidaklah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabatnya, sesudah jelas bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.” (At-Taubah 19:113).
Manakala dalam surah al Qasas pula Allah menjelaskan,
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Kematian Abu Talib amat
memberi kesan terhadap Baginda. Bayangkan Abu Talib telah memeliharanya dari kecil dengan penuh tanggungjawab dan kepayahan. Melindungi Baginda ketika kafir Quraisy melakukan penyiksaan dan halangan terhadap usaha dakwah. Abu Talib turut sama menanggung kesan kelaparan selama tiga tahun akibat pemboikotan kafir Quraisy terhadap Bani Hashim dan Bani Mutalib semata-mata mempertahankan Rasulullah. Sepanjang Abu Talib hidup tiada yang berjaya melakukan kekerasan melampau kepada Baginda. Namun di hujung nyawanya Abu Talib tidak mengucap kalimah syahadah. Pastinya kesedihan amat dirasai oleh Rasulullah.
Dari Abi Said al-Khudri meriwayatkan, bahawa beliau mendengar Rasulullah menyebut tentang bapa saudaranya,
أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَذُكِرَ عِنْدَهُ عَمُّهُ أَبُو طَالِبٍ، فَقَالَ: «لَعَلَّهُ تَنْفَعُهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ القِيَامَةِ، فَيُجْعَلُ فِي ضَحْضَاحٍ مِنَ النَّارِ يَبْلُغُ كَعْبَيْهِ، يَغْلِي مِنْهُ أُمُّ دِمَاغِهِ»
Maksudnya : Suatu ketika ada orang yang menyebut tentang bapa saudara Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Abu Talib di sisi Baginda. Lalu Baginda bersabda,“semoga dia mendapat syafaatku pada hari kiamat, sehingga beliau diletakkan di permukaan neraka yang membakar mata kakinya namun otaknya mendidih.” (HR. Bukhari 6564, Muslim 210 dan yang lainnya).
Kafir Quraisy meningkatkan tekanan selepas kematian Abu Talib terhadap umat Islam dan Rasulullah. Bersambung…
Pos Terkait:  Cara Mendapatkan Pulsa Gratis 3 Lewat SMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *