Caramantap

Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw | Dakwah ke Thaif

×

Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw | Dakwah ke Thaif

Share this article

Dakwah Rasulullah Muhammad Saw Ke Taif

 

Rasulullah telah membuat persiapan bersama Zaid Bin Harithah untuk menuju ke Taif. Mereka berjalan kaki telah bertemu dengan 3 orang ketua Taif iaitu Abdul Yalil, Mas’ud dan Habib tiga beradik anak Amru Bin Umair. Pada peringkat awalnya mereka menerima kedatangan Rasulullah dengan baik kerana menemui seorang dari bani Abdul Mutalib.
Seterusnya Baginda menyeru mereka dengan al Quran dan mengajak mereka beriman. Setelah mendengar seruan Baginda mereka terus menolaknya dan telah mengungkap kata-kata menghina Rasulullah. Antara yang dikatakan,
“Demi Allah aku tidak akan beriman kepadamu sehingga terkoyaknya kelambu Kabah.”
Manakala seorang lagi pula mengejek, “kalau kamu seorang nabi amat bahaya jika aku tidak beriman kepada kamu, sebaliknya jika engkau menipu terhadap Allah aku tidak sepatutnya bercakap lagi dengan kamu.”
Mereka bertiga mempersendakan Baginda diluar pintu kota Taif. Baginda tetap bersabar dengan ejekan dan sindiran mereka bertiga. Namun Baginda tetap tidak mengalah, lalu berkatalah Baginda kepada mereka,
“Jika kamu tidak mahu percaya kepadaku biarlah aku sampaikan kepada orang lain.”
Mereka bertiga menghalang Baginda dengan berkata, “kami tidak akan benarkan kamu berdakwah kepada kami dan juga kepada orang lain.”
Kemudian mereka masuk ke kota Taif dan telah menghebahkan kepada penduduk Taif tentang kedatangan Baginda. Mereka telah mengumpul anak-anak penduduk Taif yang telah bersedia untuk membaling batu kepada Rasulullah dan Zaid Bin Harithah. Belum sempat Baginda berkata apa-apa pun tiba-tiba mereka berdua telah dihujani dengan batu. Zaid Bin Harithah telah melindungi Baginda dari lontaran batu-batu yang dibaling kepada Rasulullah. Rasulullah dan Zaid tidak terdaya untuk menghalangnya dan keluar dari kota Taif sambil dikejar oleh anak-anak Taif dengan lontaran batu.
Akibat dari lontaran batu ini kaki Rasulullah berdarah manakala Zaid pula berdarah dikepalanya. Penduduk Taif mencaci dan mengejek Rasulullah dan tidak ada sedikit pun belas kasihan kepada Baginda dan Zaid. Rasulullah mengambil keputusan untuk kembali ke Mekah. Dalam perjalanan ke Mekah Baginda telah singgah  berlindung di kebun anggur milik Utbah dan Syaibah bin Rabi’ah iaitu dari bani Quraisy.
Kedua anak Rabi’ah ini melihat Rasulullah berjalan dalam keadaan letih dan berdarah kakinya, mereka merasa kasihan dan telah menyuruh hambanya itu memberikan buah anggur kepada Baginda. Adas iaitu seorang hamba yang beragama Nasrani telah menghampiri Baginda dan menghulurkan buah anggur kepadanya. Baginda mengambilnya dan apabila hendak makan Baginda telah membaca “Bismillah”. Mendengar apa yang diungkapkan oleh Rasulullah Adas merasa pelik kerana penduduk di situ tidak pernah mengungkapkan kata-kata seperti itu. Seterusnya Baginda bertanya namanya dan beliau menjawab namanya Adas. Kemudian bertanya Baginda dari mana asalnya dan dijawabnya dari Mainawa iaitu utara Iraq. Maka terjadilah dialog antara Baginda dengan Adas.
Baginda berkata, itu negeri orang yang baik iaitu Yunus Bin Matta.”
Adas kehairanan bagaimana Baginda boleh tahu tentang Yunus dan Mainawa. Kebanyakan orang Arab tidak tahu tentang kisah ini. Kemudian bertanyalah Adas,
“Kamu ini siapa hingga kenal kepada Yunus Bin Matta?”
Jawab Baginda, Yunus adalah saudara aku, dia adalah seorang Nabi sama seperti aku.”
Apabila mendengar begitu lantas Adas mencium kepala Rasulullah dan perbuatannya diperhatikan oleh tuannya iaitu Utbah dan Syaibah. Apabil Adas kembali kepada tuannya mereka bertanya,
“Kenapa kamu cium kepalanya?”
“Dia berkata lelaki itu telah berkata dengan kata-kata yang hanya diucapkan oleh seorang nabi.”
Kemudian mereka berkata, “tidak perlu kamu menyusahkan diri mengikuti agamanya. Agama yang kamu anuti kini sudah baik.”
Pengorbanan Baginda terlalu besar semata-mata untuk mengajak manusia ke jalan yang benar. Peribadinya dicerca tubuhnya disakiti namun semangatnya tidak
pernah luntur. Tiada apa yang Baginda pinta dari mereka untuk menerima Islam. Hanya kalimah keyakinan dan ketaatan kepada Allah. Penghuni langit melihat kesedihan Baginda.
Kisah Bersambung…
Pos Terkait:  Cara Membobol Sandi WiFi
close