Caramantap

Ketika Umat Islam di Izinkan Perang Dengan Kafir Quraisy

×

Ketika Umat Islam di Izinkan Perang Dengan Kafir Quraisy

Share this article

Keizinan Untuk Umat Islam Berperang.

 

Ancaman demi ancaman datang dari pihak kafir Quraisy di Mekah. Mereka tidak lena tidur mendengar Islam yang dipimpin oleh Baginda berkembang di Madinah. Justeru mereka telah membuat pelbagai rancangan untuk bertempur dengan penduduk Madinah yang membela Baginda dan golongan yang berhijrah dari Mekah.
Selama Baginda di Mekah lagi, sikap yang diambil adalah mengelakkan perbalahan dan peperangan. Baginda sering menyeru umat Islam agar sabar dan tetap patuh kepada arahan Baginda. Bahkan ketika berlakunya perjanjian Aqabah lagi, rombongan dari Madinah yang mengerjakan ibadah haji di Mekah sanggup berperang mempertahankan Baginda. Namun Baginda tetap menyeru mereka agar bersurai dan kembali ke Madinah.
Namun kini situasi sudah berbeza, kesungguhan kafir Quraisy untuk berperang bukan boleh lagi dibiarkan begitu sahaja. Akibat keghairahan kafir Quraisy untuk menyerang Madinah maka Baginda tidak boleh lagi memilih untuk diam. Peperangan pasti tidak akan berakhir bagi mereka yang sememangnya tamak dan merasakan pihak lain tiada hak untuk hidup dan mengamalkan apa yang diimani. Dalam situasi ini turun wahyu dari Allah memberi keizinan untuk berperang namun belum sampai kepada kewajipan lagi. Lihat firman Allah,
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Maksudnya : Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (Al Hajj 22:39)
Ayat ini menurut tafsir turunnya di Madinah, inilah bukti bahawa peperangan bukan pada awalnya untuk memaksa orang masuk Islam tetapi adalah penyebaran Islam secara aman dan mempertahankan Islam. Apabila musuh mula bertindak untuk menceroboh serta melakukan penganiayaan kepada penganut Islam maka amat perlu umat Islam bangkit mempertahankannya.
Apabila wahyu mengizinkan berperang Baginda menyusun beberapa strategi bagi memastikan Islam akan menang. Antara tindakan yang telah dilakukan oleh Baginda adalah,
Membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah yang berada pada laluan pihak Quraisy gunakan untuk berdagang ke Syam dan juga laluan ke Madinah. Dengan cara ini golongan Quraisy sukar untuk masuk terus ke kota Madinah dan sukar untuk mendapat bantuan dari kabilah-kabilah yang telah berjanji dengan Baginda. Strategi ini telah dimulakan lebih awal oleh Baginda sebelum berlakunya peperangan.
2. Baginda telah mengirimkan beberapa kumpulan pengawal yang bertugas mengawal setiap laluan ini. Dengan ini segala persiapan dapat diatur dengan lebih cepat.
3. Baginda juga telah menghantar beberapa orang ke Mekah yang menjadi pengintip bagi mengetahui apakah rencana Quraisy dalam menyerang umat Islam.
Segala tindakan awal Baginda menampakkan sifat Fatonah (Bijaksana) yang dimiliki oleh para Rasul. Peperangan bukan hanya pada kehebatan tentera dan persenjataan semata-mata tetapi lebih kepada kemahiran menyusun strategi. Inilah kehebatan yang dimiliki oleh Baginda.
Pos Terkait:  Perbedaan Ideologi Terbuka dan Tertutup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close