Caramantap

Ini Yang Terjadi Saat Perang Badar Satu Lawan Satu

×

Ini Yang Terjadi Saat Perang Badar Satu Lawan Satu

Share this article

Perang Badar Pertarungan Satu Lawan Satu

Pasukan tentera musyrikin dan tentera muslimin telah bersedia dengan apa jua tindakan dan serangan. Kemudian dari kalangan tentera musyrikin keluarlah Aswad Bin Abdul Asad, seorang yang buruk akhlak dan sombong. Beliau telah melaungkan dengan kuat dengan bersumpah akan menghampiri kolam tempat air di dalam kawalan tentera muslimin dan beliau akan meminum air dari situ. Beliau tidak akan kembali ke pasukannya melainkan setelah berjaya minum air tersebut.
Laungan kuat dan sumpah Aswad telah menarik perhatian Hamzah Bin Abd. Mutalib iaitu bapa saudara Baginda. Apabila Aswad bertindak menuju ke kolam air tersebut lalu Hamzah sepantas kilat menerpa dan telah melibas kaki Aswad sehingga putus menyebabkannya jatuh tersungkur. Aswad merangkak untuk menunaikan sumpahnya untuk minum air di kolam itu namun Hamzah telah menerpa dan memenggal kepalanya. Memang benarlah sumpah Aswad beliau tidak akan kembali ke pasukannya sebelum beliau meminum air di kolam tersebut kerana hakikatnya beliau tidak akan kembali lagi.
Tumpasnya Aswad menyebabkan 3 orang dari pasukan musyrikin iaitu Utbah Bin Rabiah, Syaibah Bin Rabiah dan Al Walid Bin Utbah keluar untuk mencabar tentera muslimin. Dari tentera muslimin yang menyahut cabaran mereka adalah 3 orang anak muda Ansar iaitu Auf dan saudaranya Muaz Bin Harith serta Abdullah Bin Rawahah.
Melihat 3 orang dari kalangan Ansar yang menyahut cabaran dari tentera musyrikin, maka bertanyalah mereka, “siapa kamu”?
Mereka menjawab, “ kami adalah lelaki Ansar.”
Kafir Quraisy berkata, “kami tidak mahu kamu yang tidak setanding dengan kami. Kami mahu anak bapa saudara kami.” Kemudian mereka melaungkan, “wahai Muhammad hantarkan mereka yang setanding dengan kami dan dari keturunan kami.”
Kemudian Baginda berkata, “ Ubaidah bin Harith, Ali Bin Abi Talib (kedua-duanya sepupu Baginda dan Hamzah Bin Abdul Mutalib (bapa saudara Baginda) bangun.”
Mereka menuju ke hadapan untuk berdepan dengan musyrikin Quraisy. Bertanyalah mereka, “siapa kamu?”. Tentera muslimin memperkenalkan diri. Maka berkatalah musyrikin Quraisy, “ya kamu setanding dengan kami dan dari keturunan bangsawan.”
Pertarungan bermula, dalam masa yang singkat Ali dan Hamzah berjaya menewaskan lawannya. Namun Utbah dan Ubaidah bertarung sehingga kedua-duanya cedera dan jatuh, lantas melurulah Hamzah membunuh Utbah dan mereka memapah Ubaidah yang putus kakinya. Kecederaan Ubaidah agak parah, sekitar 4-5 hari setelah tamat perang Badar, Ubaidah menghembuskan nafasnya di al Safra dalam perjalanan mereka kembali ke Madinah.
Tentera Musyrikin agak terperanjat melihat gugurnya satu demi satu panglima mereka apabila bertarung dengan berhadapan. Mereka tidak mahu mengambil risiko untuk bertarung dengan cara begitu. Kepantasan dan kehebatan tentera muslimin nampaknya bukan boleh di pandang ringan. Maka mereka telah mengambil keputusan untuk menyerang dan menyerbu secara beramai-ramai. Namun tentera muslimin tidak bertindak menyerbu mereka bahkan hanya duduk berlutut bertahan kemaraan tentera musyrikin. Strategi ini di susun oleh Baginda menyebabkan musyrikin Quraisy merasa pelik kerana kebiasaanya apabila musuh menyerang maka pihak yang diserang akan mara menyerang.
Pos Terkait:  Download Poly Bridge 2 Mod Apk: Game Building Menakjubkan yang Dapat Diunduh dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close