Caramantap

Kisah Lelaki Yang Lupa Membaca Sholawat Kepada RASULULLAH ﷺ.

×

Kisah Lelaki Yang Lupa Membaca Sholawat Kepada RASULULLAH ﷺ.

Share this article

KISAH LELAKI YANG LUPA MEMBACA SHOLAWAT KEPADA RASULULLAH ﷺ.

 

Hujjatul Islam Al Ghazali meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang lupa membawa selawat kepada Rasulullah ﷺ.
Lalu pada satu malam dia bermimpi melihat Rasulullah ﷺ tidak mahu menoleh kepadanya, lalu dia bertanya,
“Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?”
Rasulullah ﷺ menjawab,
“Tidak.”
Beliau bertanya lagi,
Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?
Rasulullah ﷺ menjawab,
“Kerna aku tidak mengenalmu.”
“Bagaimana tidak mengenaliku? Sedangkan aku salah satu dari ummatmu. Para Ulama’ meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya.
Rasulullah ﷺ menjawab,
“Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingati ku dengan bersholawat . Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan sholawat mereka kepadaku.
Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk bersholawat keatas Rasulullah ﷺ setiap hari 100kali.
Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rasulullah ﷺ lagi didalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah ﷺ bersabda,
Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu.
Yakni kerna orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan sholawat keatas Baginda Rasulullah ﷺ.
Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah ﷺ, hendaklah ia  perbanyakkan bacaan sholawat.
[Kitab Mukasyafatul Qulub]
Pos Terkait:  Apa Perbedaan Laptop dan Komputer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close