Caramantap

Kisah Kaum Kafir Quraisy Mempengaruhi Abdulah Bin Ubay

×

Kisah Kaum Kafir Quraisy Mempengaruhi Abdulah Bin Ubay

Share this article

Quraisy Mempengaruhi Abdulah Bin Ubay

Permusuhan terhadap Islam dan Rasulullah s.a.w oleh kafir Quraisy tidak pernah padam. Apabila Madinah menjadi negara yang dipimpin oleh Baginda dengan sistem kehidupan yang baik serta makin ramai pula yang menganut Islam kafir Quraisy sangat mencemburuinya. Mereka telah mengatur rancangan untuk membuat provokasi dalaman di Madinah agar berlaku peperangan menentang Baginda oleh penduduk Madinah. Sasaran mereka untuk memimpin peperangan di Madinah adalah Abdullah Bin Ubay Bin Salul.
Abdullah bin Ubay bin Salul adalah ketua kabilah Khazraj. Sentiasa berlaku pertikaian dengan kabilah Khazraj dan Aus sebelum kedatangan Baginda ke Madinah. Bagi menyelesaikan pertikaian yang berpanjangan ini maka satu kata sepakat telah dipersetujui oleh kabilah Khazraj dan Aus untuk melantik Abdullah Bin Ubay sebagai pemimpin di Madinah. Harapan dengan melantik beliau maka segala pertelingkahan dapat diselesaikan dengan aman dan penduduk di Madinah boleh hidup tenteram. Namun takdir Allah menentukan segalanya, sebelum perlantikkan rasmi ditabalkan telah berlakunya Hijrah Baginda ke Madinah.
Bermula dari saat itu, Abdullah Bin Ubay sentiasa tidak tenteram kerana posisinya sebagai pemimpin telah diambil alih oleh Baginda. Kafir Quraisy pula mengambil peluang untuk membakar api pemusuhan itu dengan mengirimkan surat kepada beliau seperti kandungan berikut,
Sesungguhnya kamu telah menyembunyikan seseorang dari kalangan kami dan kami bersumpah dengan nama Allah bahawa kamu mesti memeranginya atau mengusirnya keluar (dari Madinah). Jika tidak, kami akan datang memerangi kamu dan menghalalkan kaum wanita kamu!
Apabila Abdullah Bin Ubay membaca surat itu kemarahannya kepada Baginda semakin meningkat dan hasratnya untuk mengambil haknya sebagai pemimpin di Madinah semakin meluap-luap.
Menurut Abdul Rahman Bin Kaab,
Apabila surat itu sampai kepada Abdullah bin Ubay dan rakan-rakan penyembah berhala yang bersamanya di Madinah, mereka pun terus berpakat untuk memerangi Rasulullah s.a.w.”
“Sebenarnya kamu sudah pun menerima ugutan Quraisy terhadap kami, angkara kamu itu tidak seteruk yang kamu rencanakan terhadap diri kamu sendiri. Kamu rela membunuh anak-anak kamu dan saudara kamu.”
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. ini maka mereka termasuk Abdullah Bin Ubay pun bersurai. Hasrat untuk memerangi Baginda dibatalkan bukanlah kerana kesedaran tetapi ketakutan tetap menyelubungi jiwa mereka.
Kafir Quraisy gagal dalam rancangan untuk mewujudkan peperangan dari dalam Madinah dengan memperalatkan Abdullah Bin Ubay. Namun kafir Quraisy tidak pernah berhenti merancang untuk menyerang Madinah. Pada mereka sekiranya Madinah menjadi kuat Mekah sentiasa terancam. Api pemusuhan kepada Baginda tidak pernah padam.
Pos Terkait:  Cara Mengetahui Email FB yang Lupa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close