CaramantapHubungan Pribadi

Perjanjian Hudaibiyah | Sulhu Hudaibiyah (akhir)

×

Perjanjian Hudaibiyah | Sulhu Hudaibiyah (akhir)

Share this article

Perjanjian Hudaibiyah (akhir)

 

Pembaca mungkin masih kabur apakah kemenangan yang dimaksudkan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w hasil persetujuan Perjanjian Hudaibiyah. Kalau dinilai secara kasar seolah-olahnya tiada kemenangan. Mungkin ukuran kita berdasarkan alasan-alasan berikut:
1. Rombongan Baginda yang sudah bermusafir dari Madinah dan sudah niat dengan memakai ihram terpaksa pulang semula ke Madinah tanpa melaksanakan ibadah umrah.
2. Umat Islam dari Mekah yang lari ke Madinah hendaklah dikembalikan ke Mekah manakala yang dari Madinah yang murtad lari ke Mekah tidak akan dikembalikan.
3. Perjanjian ini dilihat satu “ketundukkan” terhadap kehendak Quraisy yang menguasai isi perjanjian ini.
Namun jika dinilai dengan iman dan keyakinan terhadap perintah Allah dan Rasul pasti jiwa yang beriman akan dapat mengerti aturan dan perancangan Allah Yang Maha Kuasa. Antara hujah kemenangan berdasarkan surah Fath ayat 1-4.
 1. Allah telah memberikan kemenangan yang nyata pada orang yang beriman.
2. Allah akan mengampuni dosa mereka yang telah lalu dan yang akan datang.
3. Allah akan menambahkan lagi kenikmatan diatas kenikmatan yang sudah ada.
4. Allah akan menunjuki mereka jalan yang lurus penuh dengan rahmat dan berkatNya.
5. Allah akan menolong mereka dengan pertolongan yang hebat dari sisiNya.
6. Allah akan menurunkan ketenangan ke dalam hati mereka.
7. Allah akan meneguhkan iman dan keyakinan mereka.
8. Allah yang memiliki tentera langit dan bumi, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana terhadap hamba hambaNya.
Selain itu Perjanjian Hudaibiyah ini juga memberi kesan besar seperti berikut;
2. Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan Baginda bebas mengadakan hubungan dengan mana-mana kabilah lain tanpa sekatan dan gangguan.
3. Pemimpin Quraisy terpaksa menerima kedatangan rombongan kaum muslimin pada tahun hadapan untuk melaksanakan Umrah tanpa sekatan dan gangguan. Ini merupakan langkah awal kepada Pembukaan Kota Mekah (Fathul Mekah) oleh Baginda iaitu 2 tahun dari Perjanjian
 Hudaibiyah. Jumlah yang datang untuk Pembukaan Kota Mekah adalah 10 ribu orang.
Hakikatnya setiap perancangan besar memerlukan penilaian iman bukan akal semata-mata. Baginda tetap tidak berganjak dalam hal melibatkan perintah Allah walaupun dalam banyak-banyak hal sebelum ini Baginda meraikan pandangan para Sahabatnya kerana ianya bukan hal melibatkan urusan agama. Apabila wahyu memandu Baginda maka itulah jalan yang benar dan menjadi tanggungjawab Baginda menyakinkan umat untuk mematuhinya.
Pos Terkait:  Cara Refund Hotel di Agoda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close