Selasa, 25 Agustus 2020

Kisah Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a Masuk Agama Islam (bagian 2)

Kisah Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a Masuk Agama Islam (bagian 2)


Ketika Umar berjalan mencari tempat Rasulullah. Beliau berjalan dengan  menghunus pedang serta lengkap memakai pakaian perang. Tiba-tiba  dia telah disapa oleh seorang sahabat iaitu Nu’aim bin Abdullah yang memeluk Islam dan menyembunyikan keislamannya. Lalu bertanya beliau kepada Umar

“ Mahu ke mana kamu wahai Umar?”

Jawab Umar, “aku mahu membunuh orang yang telah memecahbelahkan kaum ku dan menghina datuk nenek ku.”

Jawapan Umar sudah difahami oleh Nu’aim, pastilah maksud Umar orang yang dicari itu Rasulullah. Na’aim mengingatkan Umar,

“Wahai Umar adakah kamu fikir Bani Mutalib akan melepaskan kamu sekiranya kamu membunuh Muhammad?”

Jawab Umar, “aku tidak tidak peduli, walaupun aku akan dibunuh oleh Bani Mutalib.”

Mendengar jawapan itu Nu’aim cemas dan cuba mencari jalan untuk melengahkan Umar agar beliau sempat memberitahu kepada Rasulullah tentang tujuan Umar. Kemudian berkata Nu’aim,

“Jika begitu elok kiranya kamu mulakan dengan keluarga kamu dahulu.”

Mendengar kata-kata Nu’aim lantas ditanya oleh Umar,

“Siapakah maksud kamu?”

Jawab Nu’aim, “adik perempuan kamu iaitu Fatimah.”

Umar bertanya kembali, “adakah Fatimah telah meninggalkan agamanya?”

Jawab Nu’aim, “ ya benar.”

Umar yang mendengar kata-kata Nu’aim telah berpatah balik dan terus menuju ke rumah Fatimah. Apabila sampai di muka pintu rumah Fatimah, Umar telah mendengar suara bacaan al Quran. Ketika itu Fatimah dan suaminya Saad sedang mempelajari al Quran yang diajar oleh Khabbab bin Al Arat. Baginda Rasulullah telah mengirim Khabbab untuk mengajar Fatimah dan suaminya yang baru memeluk Islam untuk memahami al Quran. Lalu Umar telah mengetuk pintu dengan kuat dan menyuruh adiknya membuka pintu. Sebelum pintu dibuka mereka segera menyembunyikan Khabbab.

Apabila pintu dibuka Umar terus bertanya, “apa yang aku dengar tadi Fatimah?”

Fatimah berkata, “tiada apa-apa.”

Umar membentak, “ aku mendengar tadi, apakah ianya dari Muhammad?”

Mereka suami isteri diam. Kemudian Umar berpaling kepada Saad suami Fatimah dan berkata,

“ Apakah kamu telah murtad?”

Jawab Saad, aku tidak murtad wahai Umar tetapi aku masuk Islam.”

Jawapan itu menyebabkan Umar bertambah marah dan telah memukul Saad hinga terjatuh dan berdarah hidungnya. Fatimah yang cuba menghalang turut ditampar oleh Umar hingga Fatimah juga turut berdarah. Tiba-tiba Umar rasa bersalah melihat Fatimah iaitu adiknya berdarah. Umar terus berhenti dan berkata dengan lembut,

“Tunjukkan kepada aku lembaran yang telah dibaca oleh kamu tadi.”

Fatimah enggan menunjukkannya tetapi Umar bersumpah dia tidak akan membuat sesuatu yang tidak baik. Kemudian Fatimah berkata,

“Wahai Umar, ini kata-kata dari Allah, kamu belum Islam dan syirik itu najis. Jika kamu mahu membacanya masuklah dulu dan mandi dahulu.”

Umar yang terlalu ingin mengetahui lembaran al Quran itu menuruti apa kata adiknya Fatimah. Kemudian dihulurkan lembaran itu kepada Umar membaca lembaran al Quran dari surah Taha ayat 1-8.

طه (1) مَا أَنزلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى (2) إِلا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَى (3) تَنزيلا مِمَّنْ خَلَقَ الأرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلا (4) الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى (5) لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى (6) وَإِنْ تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى (7) اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى (8)

Maksudnya : Thaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, (iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia yang lebih tersembunyi. Dialah Allah tidak ada Tuhan (yang barhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai Al-asma-ul husna (nama-nama yang baik). (Thaha 20:1-8)

Setelah

melihat ayat al Quran itu maka Umar menjadi tenang dan berkatalah beliau,

“Tidak sepatunya yang empunya kata-kata ini disekutukan. Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini.”

Lalu Umar berkata “di mana Muhammad aku mahu berjumpa dengannya.”

Khabbab yang keluar dari tempat persembunyian berkata kepada Umar, “aku akan membawa kamu bertemu Muhammad.”
Bersambung di bagian selanjutnya...


EmoticonEmoticon