Caramantap

Dakwah Nabi Muhammad Saw Setelah Menerima Wahyu Kedua (bagian 8)

×

Dakwah Nabi Muhammad Saw Setelah Menerima Wahyu Kedua (bagian 8)

Share this article

Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 8)  Setelah menerima Wahyu Kedua

 

Setelah menerima wahyu kedua, Baginda mulakan tugas dakwah menyeru masyarakatnya kepada Tauhid. Cabaran dakwah Baginda di Mekah boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Iaitu
1. Dakwah secara sir (sembunyi) selama 3 tahun di Mekah.
2. Dakwah secara terbuka dari tahun ke 4 hingga tahun ke 10 kerasulan.
3. Dakwah luar kota Mekah hingga Hijrah ke Madinah
Baginda melaksanakan ibadah secara rahsia dan menyampaikan dakwah bagi mengelakkan gangguan dari masyarakatnya. Tentu sekali bukan mudah untuk menyeru agama yang asing kepada masyarakatnya yang sudah sebati dengan penyembahan kepada berhala. Maka seruan secara rahsia bukanlah satu pilihan bahkan satu strategi yang perlu diatur oleh Baginda.
Hasil dari seruan ini maka Khadijah isteri Rasulullah adalah orang pertama memeluk Islam. Kemudian dikuti oleh Zaid Bin Harithah dari kaum Kalab iaitu dari Kabilah Bani Makhdum. Zaid ialah seorang yang pernah ditawan musuh apabila perkampungan yang diziarahi oleh ibunya diserang. Zaid telah dijual sebagai hamba hinggalah satu ketika telah dibeli oleh Khadijah. Apabila Khadijah berkahwin dengan Rasulullah, Zaid telah menjadi pekerja Baginda. Namun Baginda tidak pernah melayan Zaid sebagai pekerja bahkan sentiasa menganggap seperti anaknya. Akibatnya masyarakat memangil Zaid anak Muhammad. Namun Allah menegur, anak angkat tidak boleh dibinkan dengan bapa angkatnya maka Zaid selepas itu dikenali dengan Zaid Bin Harithah. Lihat Firman Allah,
ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ
Maksudnya : Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka itulah yang lebih adil pada sisi Allah. (Al-Ahzab 33:5)
Kisah Zaid agak menarik, satu hari bapanya mengetahui Zaid berada di Mekah maka segeralah dia menuju ke Mekah untuk bertemu dan menebus anaknya. Apabila sampai di Mekah bapanya telah bertemu Rasulullah untuk menebus Zaid. Baginda tidak mahu menerima bayaran tebusan sebaliknya menyerahkan kepada Zaid untuk membuat keputusan. Tiba-tiba Zaid berkata,
“ Demi Tuhan aku tidak akan mendapati orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih baik dari Muhammad walaupun ibu dan ayahku sendiri.”
Semua yang berada ketika itu terkejut dengan ungkapan Zaid. Bagi memuliakan ayah Zaid maka Rasulullah memerdekakan Zaid dan mengangkatnya menjadi anak angkat Baginda. Walaupun Zaid tidak mahu kembali kepada keluarganya namun bapanya gembira melihat Zaid bersama Rasulullah.
Seterusnya yang menerima Islam adalah Ali Bin Abi Talib. Beliau adalah sepupu Rasulullah yang tinggal bersama Baginda. Ali Bin Abi Talib tinggal bersama Baginda semasa Abi Talib dalam kesempitan hidup, Rasulullah telah mencadangkan agar anak-anak Abi Talib diambil oleh bapa-bapa saudaranya untuk dipelihara. Baginda telah mengambil Ali untuk tinggal bersamanya. Manakala Ali sejak tinggal bersama Baginda tidak pernah menyembah berhala sehinggakan mendapat gelaran dari Allah iaitu Karramallahu wajhah iaitu wajah yang dimuliakan oleh Allah. Ali adalah kanak-kanak yang paling awal memeluk Islam. Siapakah lagi yang termasuk paling awal memeluk Islam?
Ikuti kisah selanjutnya…
Pos Terkait:  Cara Ganti Akun Mobile Legend 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close